Bibo Cute Cupcakes

... Bibo Cute Cupcakes love to serve u with a nice taste and cute look of cupcakes...

Friday 22 July 2011

Rainbow Cake


Hai semua. hari ni sengaja ingin saya berkongsi resepi kek pelangi. kek ini merupakan antara kek yang paling digemari serta mudah dibuat.. so disini saya serta kan bahan serta cara membuatnya.. sharing is caring kan so let's share...

Bahan-bahan :

250g mentega
200g gula halus
5 biji telur
210g tepung gandum 
( 1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna makanan : ungu,biru,hijau, kuning,oren,merah

Kaedah penyediaan :

1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Krimkan mentega dan gula hingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu per satu dan kacau sebati.
4 Tuangkan esen vanila. Kacau lagi supaya adunan menjadi licin dan ringan.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan hingga sebati.
6. Bahagikan adunan kepada 6 mangkuk kecil.
7. Titikkan pewarna kedalam adunan yang telah diasingkan. kacau untuk sebatikan warna.. 
8. boleh bakar adunan selapis demi selapis atau bakar kan adunan berasingan loyang (1warna setiap loyang)
9. untuk cupcake pula cuma masukkan warna selapis kemudian selapis lagi baru bakar.
10. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 hingga 50 minit (bergantung oven masing2)

Selamat mencuba..baking is therapy try it first :) 

contoh kek yang telah siap dibakar dan dihias dgn butter cream

kek pelangi juga tetapi dihias dengan fondant


kek + mini cuppies

alhamdulilah ada tempahan dari pn.rohana utk majlis pertunangan anak buah katanya.. so 1 choco cake untuk hantaran bertema biru+putih serta 100 mini cuppiesuntuk goodies dibuat untuk majlis athirah.. harap semua suka...  terima kasih...

kek hantaran utk tema biru+putih

mini cuppies utk goodies


then kawan lama izan pun ada tempah kek.. dia nak kek pelangi dgn butter cream frosting. sengaja ditempah semperna ramadhan yang bakal menjelang... warna kuning dipilih kerana kata ayah kuning tu penyeri... so tema nya kuning+putih... terima kasih ye...

rainbow cake utk azizan yg suka kan kek..

Thursday 7 July 2011

Lama

agak lama jugak tak menulis di blog ni... ***walaupun sbnrnyer tau tak ada sape baca kot***
macam-macam pekara terjadi sepanjang jun hingga masuk awal julai ni...demam+batuk+selsema yang tak sembuh-sembuh dah masuk 2 bulan.. letih sangat bila badan tak sihat nie.. ape pun alhamdulillah masih diber kekuatan untuk bekerja untuk memasak.. hari-hari dilalui dgn macam-macam resepi baru yang dicuba tapi maaf la tak sempat nak ambil gambar utk diupload.. jadi post kali ni memang tak ada gambar la ye.. sekadar untuk menulis setelah agak lama berdiam...  ok la akan datang akan saya upload gambar order-order yang ada.. alhamdulillah ada yang order kek serta cuppies untuk goodies majlis bertunang... tunggu ye..

with luv bibo